Pendidikan Politeknik diperkenalkan di Malaysia melalui Pelan Colombo
pada tahun 1969 dengan tertubuhnya Politeknik yang pertama iaitu
Politeknik Ungku Omar (PUO) di Ipoh, Perak. Pendidikan Politeknik
dimantapkan lagi dengan sokongan dari Jawatankuasa Kabinet mengenai
Perlaksanaan Pendidikan (1979) dan Pelan Perindustrian Utama
(1985-1995). Setakat ini 20 buah Politeknik telah beroperasi dengan
jumlah pelajar pada tahun 2006 seramai 80,086 orang.
Pada
peringkat awal, pengurusan Politeknik terletak di bawah Bahagian
Pengurusan Politeknik, Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Bermula pada Bulan Mac 2004 pengurusan Politeknik
telah dipindahkan ke Bahagian Pengurusan Politeknik, Jabatan Pengajian
Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi.
BLOG INI DIREKA HANYA SEKETIKA.,. HEHEHE., HARAP CIK BAGI MARKAH LEBIH CKIT.,., :) MAAF LAMBAT CIK.,. :)
No comments:
Post a Comment